Posted by: geraksama | March 10, 2009

Berita Sumur

Advertisements
Posted by: geraksama | October 11, 2008

Majlis Hari Kualiti MRSM PC meriah

PA070042 by geraksama

MRSMPC 9 Oktober – Dengan tema ‘ Pemikiran Positif Teras Kualiti’ mrsm pc telah mengadakan hari sambutan kualiti di Dewan Besar maktab yang telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP), Dato’ Hj. Shukri Mohd Salleh.

Dalam ucapan aluan Pengetua, Tuan Hj. Mohd Saroni Kasmani berkata tema tahun ini menegaskan bahawa pemikiran positif dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau kerja yang diamanahkan akan menghasilkan output yang berkualiti serta dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak .

katanya lagi, kita juga haruslah ikhlas dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab supaya hati dan jiwa kita sentiasa tenang dan ceria. Hindarilah daripada berfikiran negatif kerana ia tidak dapat membantu pembangunan diri,malah ia akan menjejaskan minda kita.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada warga maktab yang telah bertungkus lumus dan sanggup berkorban masa dan tenaga dalam merealisasikan setiap program maktab dan berharap agar usaha murni ini akan berterusan pada masa yang akan datang .

Antara anugerah kualiti untuk tahun ini ialah; Anugerah Aktif Kokurikulum, Aktif Khidmat Masyarakat, Berinisiatif dan Proaktif, Anugerah Inovasi Khas dan Anugerah Pencapaian Akademik 100% A SPM 2007. Selain itu termasuklah kategori tanpa cuti sakit, Rekod kehadiran bersih dan juga penerima anugerah Q bulanan 2008 seramai 16 orang sejak Januari hinggalah Ogos lalu.

Foto; Presiden Geraksama Tn.Hj.Mohammed Pauzi Ibrahim sedang membaca doa dalam majlis tersebut

Categories